Menarik Untuk Semua!! Memang Menarik™
WELCOME

Khamis, 12 Februari 2009

Asas Mengikat Tali Dalam Pengakap Kanak-Kanak

Saya ingin beritahu cara ikatan yang ada dalam pengakap kanak-kanak. Terdapat sekurang-kurangnya enam ikatan yang pengakap kanak-kanak perlu mahir untuk mendapatkan rambu pengakap kanak-kanak. Penganugerahan rambu telah diadakan pada tahun lepas iaitu 5 hingga 7 November. Saya akan tunjukkan cara ikatan serta kegunaannya.


1) Buku Sila

Kegunaannya:


a)menyambungkan dua tali yang sama besar.
b)mengikat bungkusan,
c)mengikat atau mematikan anduh








2) Bunga Geti

Kegunaanya:


a)menyambung dua tali yang tidak sama besar.
b)menyambungkan penjuru kain dengan tali seperti mengikat bendera dengan tali.







3) Tindih Kasih


Kegunaannya:


a)Menyelamatkan orang di dalam kecemasan ( menaikkan atau menurunkan orang )
b)Mengikat atau menarik kayu




4) Simpul Manuk


Kegunaannya:

a)memulakan ikatan pada kayu.
b)mengikat khemah pada tiang kayu
c)memulakan ikatan pada kayu.




5) Simpul Sentak

Kegunaannya:

a)Mengikat tali sampan ke tiang jeti
b)Tidak sesuai digunakan di leher haiwan kerana mudah terjerut

6)Lilit Dua Simpul

Kegunannnya:

a)Mengikat tali pada pancang khemah



Sumber: 38hululangat.blogspot.com

0 ulasan:

 
Hak Cipta Terpelihara The Official Menarik Untuk Semua Blog.